Pages

Sunday, May 1, 2011

Artikel : Padam Kenangan Pahit




Padam kenangan pahit


LOS ANGELES - Tentu kita semua pernah terfikir untuk memadamkan kenangan pahit yang pernah dilalui.

Dan kini, sekumpulan saintis mendakwa harapan itu mungkin berasas selepas mereka menemui cara untuk memadamkan trauma daripada minda manusia.

Saintis dari Universiti California, Amerika Syarikat menemui hubungan antara protein yang dinamakan PKM dan ingatan manusia terhadap perkara yang mengganggu fikiran.

Kajian itu dijangka memberi manfaat besar kepada pesara tentera yang pernah terlibat dengan perang, mangsa jenayah ganas dan pesakit yang menghidap kemurungan.

“Saya yakin kita mampu mengubah memori bagi mengurangkan trauma di dalam minda,” kata ketua penyelidik, David Glanzman.

“Suatu hari nanti, kita akan berupaya memasuki otak seseorang, mengenal pasti lokasi memori pengalaman pahit mereka dan cuba mengurangkan ingatan itu,” katanya.

Pasukan penyelidik itu sebelum ini melaporkan berjaya menghilangkan dan mengurangkan memori jangka panjang dalam siput laut.

No comments:

Post a Comment