Kajian yang dilakukan di Harvard School of Public Health and the Department of Veterans Affairs menunjukkan golongan tua yang optimis mempunyai risiko yang rendah menghidap sakit jantung koronari. Penemuan ini dimuatkan di dalam majalah Psychomatic Medicine bagi edisi November / Disember, 2001.
Satu kajian yang dilakukan oleh Brigham and Women's Hospital dan Harvard Medical School mendapati mereka yang optimis mempunyai kehidupan yang lebih sihat lagi ceria. Para sainstis merumuskan, hal ini mungkin disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menjadi semakin baik akibat rangsangan oleh fikiran positif. Penemuan ini diterbitkan oleh majalah Amarican Psychological Association's Journal of Personality and Social Psychology pada tahun 2002.
Fikiran negetif memberi impak negetif dalam kehidupan. Mengikut satu kajian, pelajar-pelajar dari Harvard yang bersikap pesimistik semasa diwawancara pada tahun 1946 didapati menghadapi pelbagai masalah kesihatan semasa mereka diwawancara semula pada tahun 1980. Kajian juga menunjukkan pelajar-pelajar dari Virginia Tech yang bersikap pesimistik sering kali menghidap penyakit selesema, sakit kerongkong dan demam influenza. hal ini disebutkan di dalam Psychology Today (Online) pada bulan Julai 1992.
Mereka yang berfikiran negetif sering dihinggapi tekanan atau stres. Dr. Catherine Stoney dari Universiti Ohio melaporkan, tekanan jangka panjang menyebabkan paras lemak meningkat dalam darah. Apabila ini berlaku dalam pembuluh darah koronari, serangan jantung akan berlaku.
Pengeluaran hormon kortisol meningkat pada waktu stres. Hormon ini menyebabkan tekanan darah meningkat. Apabila keadaan ini berterusan, individu itu boleh menghidap penyakit darah tinggi. Tekanan juga merangsang pengeluaran hormon adrenalin dan homosistina. Hormon adrenalin memudahkan proses pembekuan darah. Ini boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.
Mengikut satu lagi kajian yang dilakukan di Universiti Duke, tekanan boleh menyebabkan pembuluh darah koronari mengucup dan hal unu meningkatkan risiko individu diserang sakit jantung koronari. Homosistina pula adalah asid amino yang sering dikaitkan dengan penyakit jantung koronari. Justeru, peningkatannya semasa stres meningkatkan risiko diserang penyakit ini.
No comments:
Post a Comment