QALBU Research Center (QRC) merupakan sebuah badan pemikir yang menekankan pendekatan holistik iaitu integrasi antara "tubuh-minda dan hati" (Qalbu) dalam mencapai kesuksesan di dalam pelbagai aspek kehidupan terutama dari sudut pembangunan diri, pendidikan, kesihatan dan juga aspek kerohanian.
Dengan evolusi di dalam pembangunan diri berjalan semakin pantas, individu bukan sekadar perlu memanfaatkan hubungan antara tubuh dan minda (mind-body) tetapi juga menekankan hubungan yang lebih mendalam iaitu antara tubuh dan juga hati (pusat emosi) sangat perlu diberi perhatian.
Kerana itulah, subjek seperti mindset, kecerdasan emosi dan juga spiritual semakin banyak diperkenalkan di dalam setiap modul-modul latihan yang disediakan.
QRC juga akan menekankan perkongsian ilmu atau maklumat terkini di dalam dunia perubahan diri (Self Transformation), penyediaan aktiviti latihan dan bimbingan, perundingan dan juga penerbitan bahan ilmu. Malahan, QRC juga akan memanfaatkan perkembangan teknologi di dalam dunia sains-neuro dan quantum fizik seperti terapi bunyi dan frekuansi bagi membantu dan mengoptimakan kesan dan proses perubahan diri seseorang individu.
QRC didirikan oleh pengasasnya Tuan Amar Mahmood iaitu seorang jurulatih Pembangunan Diri atas usaha dan kesedaran beliau tentang pentingnya faktor kekuatan emosi dan spiritual diseimbangi dengan pembangunan minda supaya proses pembangunan modal insan akan lebih seimbang.
No comments:
Post a Comment