PARIS- Satu kajian mendapati bayi-bayi boleh mengingati muzik yang pernah didengari selepas mereka dilahirkan, lapor sebuah akhbar semalam.
Kajian itu dibuat dengan menggunakan sejumlah bayi yang diperdengarkan lagu tiga minggu sebelum mereka dilahirkan. Bayi-bayi itu kemudian diperdengarkan lagu yang sama sebulan selepas mereka dilahirkan.
Dalam kajian itu, seorang ahli psikologi dari Universiti Descartes Paris, Carolyn Granier-Deferre meminta seramai 50 orang wanita yang sarat mengandung untuk mendengar melodi piano dua kali sehari.
Apabila 50 orang bayi itu berusia sebulan, mereka diperdengar dengan nota melodi.
Secara purata, kadar degupan jantung bayi yang pernah mendengar melodi itu semasa berada di dalam rahim didapati lebih pelahan daipada bayi yang tidak mendengar melodi sama.
"Ia merumuskan bayi yang baru lahir memberi lebih perhatian kepada setiap melodi yang didengar oleh ibu mereka berbanding wanita lain," kata Granier-Deferre dalam jurnal, PLoS ONE.-Agensi
Sumber : Kosmo 11.03.2011
No comments:
Post a Comment